Abah

Abah

Abah marah sebab abah sayangkan kamu.

Abah larang sebab abah tahu banyak bahaya dunia lebih dari yang kamu tahu.

Abah pukul sebab abah nak kamu rasa sakit yang sedikit ini, sebelum kamu rasa sakitnya kebodohan tindakan kamu nanti.

Kadang, abah diamkan sahaja, tanpa memuji kejayaan kamu, sebab abah taknak kamu terlalu bangga diri.

Sejujurnya abah bangga dengan kamu.

Kadang, abah tak lepas tangan kamu, sebab belum tentu, besar nanti abah dapat pimpin kamu lagi.

Kadang abah tak dengar nasihat kamu, sebab jiwa kecil abah senang mendengar bebelan kamu.

Sifat abah memang begitu, keras di lihat, lembut di hati.
af685a73-8404-4c14-a9da-e494b8d77bed
By,
Anis Arina Jasmin

NO COMMENTS

Leave a Reply